Berita

Utp, Ipcm, Slb Tandatangan Kerjasama Tingkatkan Pendidikan Tenaga

Credit: UTP

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan IPC Malaysia B.V. (IPCM) dan SLB untuk meningkatkan pendidikan tenaga melalui pengubahsuaian teknologi pam tenggelam elektrik (ESP).

Dalam satu kenyataan, UTP berkata kolaborasi ini selari dengan pembukaan rasmi  Lukas Artificial Lift Study Laboratory (Lukas ALS Lab) di dalam Jabatan  Kejuruteraan Petroleum universiti itu.

“Perjanjian ini menonjolkan perkongsian lebih mendalam antara UTP, IPCM, dan SLB. IPCM akan menyediakan penempatan perantis, keahlian panel penasihat untuk Kejuruteraan Petroleum dan meneruskan rekod prestasinya dalam mengambil graduan UTP sebagai pekerja.

“SLB yang lama menyokong program Kejuruteraan Petroleum UTP sejak penubuhannya, telah mengukuhkan lagi komitmen mereka dengan memberikan pandangan dan sumber industri berharga melalui perjanjian ini,” katanya.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Naib Canselor UTP Prof Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Pengurus Besar IPCM Ben Kwa dan Pengarah Urusan SLB Meng Keong Lee.

Kenyataan itu juga menekankan bahawa fokus utama perjanjian kerjasama ini adalah untuk memanfaatkan ESP, sejenis sistem angkat buatan yang digunakan dalam telaga minyak.

“Sistem ESP yang diperbaharui, bahagian utama Lukas ALS Lab yang baru dibuka telah disumbangkan oleh IPCM selepas ia tidak digunakan lagi di telaga minyak luar pesisir.

“Secara tradisi, peralatan lubang bawah yang telah tidak digunakan lagi seperti ESP akan sama ada dilupuskan atau dikitar semula untuk bahan-bahannya. Menyedari potensi untuk amalan inovatif dan mampan, IPCM, SLB, dan UTP telah mencabar norma ini.

“Dengan membaik pulih ESP, mereka bukan sahaja memulihkan peralatan berharga tetapi juga mewujudkan pendekatan yang lebih mementingkan alam sekitar dalam industri,” katanya.

Tambahan pula, ESP yang diperbaharui menawarkan pengalaman praktikal kepada pelajar dan fakulti, meningkatkan pemahaman mereka tentang teknologi tenaga.

Kerjasama antara UTP, IPCM dan SLB ini menunjukkan komitmen yang kuat untuk memajukan pendidikan dalam sektor tenaga dengan fokus untuk menggalakkan amalan mampan.

Penggabungan usaha itu akan memperlengkapkan graduan masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk cemerlang dalam bidang yang semakin meneroka jalan penyelesaian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Plus Xnergy Sokong Dasar Percepat Penerimagunaan Solar Dalam Belanjawan 2025

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.


Pusat Data Google Malaysia Jadi Penanda Aras Kecekapan Penggunaan Tenaga, Air

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.


140 Kampung Di Sarawak Nikmati Bekalan Elektrik SARES Fasa 2

KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 140 kampung di pelbagai daerah di Sarawak yang melibatkan 2,755 rumah kini menikmati bekalan elektrik yang stabil menerusi projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) Fasa 2. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]