Berita

Unit Straits Energy Selesai Penghantaran Pertama Biobahan Api Marin Diperakui Iscc Eu



KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Anak syarikat Straits Energy Resources Bhd (Straits Energy), Tumpuan Megah Development Sdn Bhd telah selesai penghantaran pertama biobahan api marin yang yang diperakui dengan Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC EU) oleh pembekal Malaysia.

Tumpuan Megah telah membekalkan 4,500 tan biobahan api marin B24 yang diperakui ISCC EU kepada sebuah kapal kontena yang dikendalikan oleh satu daripada tiga syarikat logistik bersepadu terbesar di dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Straits Energy Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata ini adalah penghantaran pertama biobahan api marin lestari yang diperakui oleh pembekal Malaysia, menunjukkan komitmen syarikat untuk menyokong peralihan industri kepada bahan api alternatif dan mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar.

“Biobahan api marin yang lestari berpotensi untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara dan mengurangkan jejak karbon keseluruhan operasi maritim. Bagaimanapun, pemain industri perkapalan juga mesti membuktikan bahawa biokandungan dalam bahan api mereka adalah lestari,” katanya.

Pensijilan ISCC EU menawarkan industri perkapalan dengan jaminan yang diperlukan apabila berkaitan dengan kemampanan bahan kegunaan mereka, kebolehkesanan sepanjang rantaian bekalan, serta pengurangan pelepasan yang boleh diyakini dan disahkan.

Tumpuan Megah terlibat terutama dalam perkhidmatan pengisian bahan api kapal-ke-kapal serta operasi kapal tongkang pengangkut kargo dan telah muncul sebagai pemain industri Malaysia pertama yang meraih pensijilan ISCC EU sebagai pembekal dan peniaga biobahan api, meneraju usaha industri untuk mengurangkan jejak karbon perkapalan.

Langkah itu juga menyediakan peluang untuk Straits Energy terlibat dalam industri perdagangan biobahan marin yang berkembang pesat dan industri pengisian bahan api.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]