Berita

Solarvest Serah Projek Solar Berkapasiti 8.9 Mwp Kepada Ntpm



KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menyerahkan projek berkapasiti tenaga solar tambahan 8.9 megawatt peak (MWp) kepada Nibong Tebal Paper Mill Sdn Bhd (NTPM).

Projek bernilai RM27 juta yang mula beroperasi pada 31 Dis, 2023, akan menyalurkan tenaga bagi kemudahan NTPM iaitu masing-masing di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.

“Menerusi projek yang kini diaktifkan sepenuhnya, NTPM dapat memantau secara berkesan dan mengurangkan pelepasan karbonnya, sekali gus menjadi langkah yang membantu syarikat dalam mematuhi ketetapan Bursa Malaysia untuk syarikat tersenarai melaporkan mengenai pelepasan gas rumah hijau (GHG),” kata dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Davis Chong Chun Shiong berkata aktiviti pengeluaran kertas dan pembungkusan merupakan proses yang memerlukan banyak tenaga.

“Pengeluaran tenaga menyumbang lebih daripada 70 peratus pelepasan GHG. Ini membuktikan kepentingan bagi meninjau pilihan hijau untuk mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

“Pemasangan panel solar dan melaksanakan langkah-langkah berkaitan adalah cara paling praktikal dan berkesan pada masa kini untuk menyahkarbon serta menilai tindakan kita.


Davis Chong Credit: Solarvest Holdings Bhd

"Solarvest juga telah menjadi rakan tenaga hijau jangka panjang NTPM bagi kerjasama yang sedang dijalankan selain peluang dalam projek yang dirancang,” katanya.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]