Berita

Cuaca Panas: Caj Elektrik Masih Berdasarkan Jumlah Penggunaan, Bukan Nilai Rumah



KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Biarpun berlaku peningkatan penggunaan elektrik disebabkan cuaca panas yang dialami negara ketika ini, caj penggunaan elektrik masih dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan bulanan dan bukannya nilai rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ketika ini kos bahan api di peringkat global masih pada paras tinggi dan ini menyebabkan peningkatan kos penjanaan elektrik dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).

“Sungguhpun demikian, kerajaan telah memperuntukkan subsidi elektrik berjumlah RM1.064 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 kepada semua pengguna domestik iaitu kira-kira 8.1 juta pengguna yang menggunakan elektrik 1500 kWj dan ke bawah setiap bulan agar mereka tidak dikenakan sebarang surcaj bagi tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Sebelum ini dalam sesi perbahasan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mencadangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari Januari ke Mac ini susulan fenomena cuaca panas yang dialami negara.

Rebat itu dicadang hanya diberikan kepada rumah yang bernilai RM300,000 ke bawah bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka.

Fadillah berkata kementeriannya juga masih melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar yang disahkan dalam Sistem e-Kasih, dan bagi tujuan itu kementeriannya menerima peruntukan RM55 juta bagi manfaat lebih 160,000 KIR miskin tegar seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]