KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik berjumlah 128 megawatt (MW) untuk grid elektrik Sabah dan Labuan pada hari ini dan esok berikutan penutupan kecemasan sebuah stesen janakuasa bebas (IPP).
SESB dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan bahawa situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak pada pukul 7 malam tadi iaitu 1,001MW.
“Margin rizab bekalan elektrik berada pada tahap 0MW. SESB memohon maaf kepada pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan situasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan tambahan, SESB memaklumkan 15.5 peratus pengguna terlibat dengan catuan itu pada satu-satu masa dan dijalankan mengikut penggiliran di kawasan terlibat.
Kawasan terlibat catuan itu ialah di Kudat, Pitas, Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Kuala Penyu, Tenom, Sipitang, Nabawan, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Beluran dan Kundasang.
"Setiap penggiliran catuan akan mengambil masa dua hingga tiga jam, manakala jadual catuan dijalankan antara 2 hingga 4 petang dan 6 hingga 8 malam," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]