LABUAN, 21 Mac (Bernama) -- Stesen jana kuasa mini baharu di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pulau Enoe dekat sini yang mula beroperasi pada 18 Mac lepas mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 10 megawatt (MW) pada satu-satu masa.
Pengurus Besar (Penjanaan) Sabah Electricity Sen Bad (SESB) Ir Addie Ahmad berkata dengan tambahan kapasiti 10MW ini kepada Stesen Janakuasa Patau-Patau yang berkapasiti sebanyak 103MW, maka jumlah kapasiti penjanaan tenaga yang dihasilkan di Labuan adalah 113MW.
Beliau berkata dengan penggunaan elektrik di seluruh Labuan dalam purata 60-69MW, baki tenaga yang terhasil diekspot ke Sabah menggunakan talian penghantaran kabel submarine 132kV.
Sementara itu, Ir Addie berkata inisiatif awal untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 93 MW telah mula beroperasi secara berperingkat pada penghujung bulan Februari lepas di Sandakan, Sabah.
“Cuaca panas yang melanda Sabah dan Labuan sejak akhir-akhir ini semestinya turut memberi kesan terhadap permintaan tenaga elektrik.
“SESB sedar akan situasi ini dan telah pun mengambil langkah awal untuk menampung permintaan tenaga elektrik yang tinggi iaitu dengan melaksanakan beberapa projek peningkatan kapasiti penjanaan bekalan elektrik sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPU Pulau Enoe hari ini.
Beliau berkata langkah itu, termasuk menyewa set janakuasa bergerak daripada pihak ketiga untuk dijadikan stesen jana kuasa mini dan projek ini ada yang telah siap atau sedang di fasa akhir untuk memulakan operasi di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Labuan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]