Berita

Petronas Lantik Solarvest Energy Berdasarkan Merit Bagi Projek Sistem Solar - Presiden

President and Group Chief Executive Officer of Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz speaks during the Petronas Fourth Quarter and Year Ended 2023 Group Financial Results Announcement at Petronas Twin Towers Kuala Lumpur today. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akur bahawa syarikat minyak dan gas multinasional itu telah melantik syarikat bukan bumiputera bagi pemasangan sistem solar di stesen minyak dan pemilihan itu adalah berdasarkan merit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menegaskan bahawa pemilihan berkenaan adalah berdasarkan merit dan terdapat piawaian teknikal yang membawa kepada kontrak siap guna.

“Saya akur bahawa dalam kontrak baru-baru ini memang terdapat satu pakej yang diberikan kepada syarikat Solarvest Energy. 

“Oleh itu, kontrak yang diberikan kepada Solarvest Energy ini adalah kontrak siap guna, luar skala, dan perlu diserahkan dalam tempoh masanya.

“Kami memang menyertakan pemain bumiputera di dalam senarai SEDA, bagaimanapun, mereka tidak berjaya melepasi proses pemilihan,” katanya pada sidang media mengenai laporan kewangan Petronas bagi tahun 2023 di sini hari ini.

Menurut laporan media baru-baru ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyatakan kekesalan terhadap Petronas yang melantik syarikat bukan bumiputera Solarvest Energy bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]