Berita

Jbam Lancar Loji Penukaran Sisa Ke Tenaga Tercanggih

Left to right: Tetsuo Tsuyuguchi , President & CEO, J&T Recycling Corp, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Deputy Chief Executive Officer, Investment Promotion and Facilitation, MIDA, Puan Nor Aziah bt Jaafar , Director, Department of Environment (DOE) Selangor, Dr. Norhazni Binti Mat Sari , Deputy Director General DOE, Katsuhiko Takahashi, Ambassador of Japan to Malaysia, Hajime Oshita, President & CEO, JFE Engineering Corp, Koh Chee Yong , Managing Director, Berjaya Enviro Group Credit : MIDA

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd (JBAM) hari ini melancarkan loji penukaran sisa ke tenaga (SWTE) tercanggihnya di Taman Enviro Bukit Tagar (BTEP), yang memainkan peranan penting dalam mengubah sisa menjadi sumber bernilai dan tenaga yang boleh diperbaharui.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman berkata kemudahan SWTE itu, merupakan sebahagian daripada Pusat Rawatan Sisa Berjadual Lestari (SSWTC) dan mempunyai sistem rawatan sisa terjadual yang sangat cekap, mematuhi piawaian ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia.

“Usaha ini bagi menangani keperluan semakin meningkat untuk kemudahan pengurusan sisa komprehensif yang terhasil dari pertumbuhan industri negara kita. Pengurusan sisa merupakan isu penting di negara ini dan Kerajaan Malaysia secara proaktifnya meningkatkan sistem untuk menangani kebimbangan alam sekitar dan menggalakkan amalan sisa yang lestari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JBAM merupakan sebuah syarikat gabungan yang terdiri daripada Berjaya Enviro, J&T Recycling Corporation of Japan dan JFE Engineering (M) Sdn Bhd, untuk menjalankan pembangunan dan pengurusan kemudahan SSWTC yang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar dan boleh menerima, merawat dan melupuskan 76 daripada 77 Kod Sisa Terjadual, iaitu sisa klinikal, toksik dan berbahaya terhasil daripada kemudahan perubatan.

Beliau berkata loji SSWTC itu menunjukkan komitmen JBAM terhadap tanggungjawab korporat, menetapkan piawaian kepada perniagaan tempatan dalam menangani kekurangan kemudahan sebegini.

Pengarah Urusan JBAM Koh Chee Yong berkata pelancaran itu mencatatkan satu peristiwa penting dalam kerjasama strategik antara Berjaya Enviro Holding, J&T Recycling Corporation dan JFE Engineering (M) dan berharap untuk meneruskan kerjasama dalam meneroka peluang masa depan untuk pembangunan projek berkaitan alam sekitar di Malaysia.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa, JAS Malaysia, MIDA, MGTC, Ambank dan semua pelanggan kami dari sektor perindustrian dan swasta, atas sokongan berterusan mereka dan ingin mengulangi bahawa loji SWTE merupakan satu lagi langkah penting BTEP ke arah aspirasi berkesan ‘Menetapkan Penanda Aras untuk Pengurusan Sisa Lestari’.

“Loji SWTE ialah kemudahan terbaharu kami dalam SSWTC di dalam BTEP yang direka untuk rawatan terma sisa terjadual dengan sistem pemulihan tenaga haba untuk meningkatkan kadar kitar semula sisa terjadual melalui operasi sinergi kami. Perlu dinyatakan juga bahawa 250 pekerjaan langsung telah diwujudkan untuk menyokong pengurusan dan operasi serta penyelenggaraan loji SWTE,” katanya.

Koh berkata BTEP menjadi pusat rawatan bersepadu bagi kedua-dua sisa pepejal perbandaran dan sisa terjadual di Malaysia, mencerminkan komitmen Berjaya Enviro Group dalam memajukan ekonomi kitaran dan kemudahan itu juga termasuk logi tenaga boleh diperbaharui gas pelupusan sampah 12MW.

“Inisiatif ini sejajar dengan agenda kelestarian negara kita dan matlamat pembangunan teknologi hijau. Khususnya, projek ini mendapat sokongan signifikan dari MIDA, melalui insentif cukai dan pemudahcaraan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA



 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]