KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berhasrat untuk menghasilkan bio arang batu sebagai satu lagi sumber tenaga hijau bagi menjana loji janakuasa di negeri ini.
Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata kajian sedang dijalankan mengenai kemungkinan menghasilkan bio arang batu yang boleh menjadi salah satu daripada pelaburan jangka panjang mereka.
“Bio arang batu sebenarnya dihasilkan menggunakan pelet kayu bersama sisa bio terutamanya daripada alga yang boleh dicampur bersama dan boleh dipakai untuk menjana loji kuasa. Ini sesuatu yang masih kami kaji,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bazaar Ramadan SEDC di sini hari ini.
Katanya lagi, SEDC telah menjalinkan beberapa usaha sama dengan syarikat tempatan dan luar negara yang berminat untuk membangunkan fasiliti bagi pengeluaran sumber tenaga baharu di Sarawak, khususnya hidrogen dan bahan api penerbangan mampan (SAF).
"(Kami) juga bekerjasama dengan agensi penyelidikan lain di seluruh dunia. Maksud saya, kami mempunyai syarikat yang datang jauh seperti Kanada dan kami, sudah tentu, mengalu-alukan orang yang ingin bekerjasama dalam usaha ini," katanya.
Salah satu usaha sama SEDC ialah dengan Gallois New Energy Materials (M) Sdn Bhd yang mahu membina sebuah kilang pembuatan grafit bermutu tinggi di Bintulu, yang mana Abdul Aziz berkata syarikat rakan kongsinya, Gallois sedang melakukan kerja-kerja awal.
"Kami (SEDC) sebagai syarikat pelaburan sedang melabur dalam projek utama tetapi kami berharap dapat menggunakan produk itu yang kemudiannya untuk produk hiliran lain, terutamanya dalam pembuatan elektroliser (bagi menghasilkan hidrogen)," katanya.
SEDC, melalui anak syarikatnya SEDC Energy, turut bekerjasama dengan subsidiari Petronas, Petronas Technology Ventures Sdn Bhd untuk mengeluarkan elektrolisis.
Selain beberapa usaha sama lain, penekanan SEDC adalah untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan kos pengeluaran hidrogen, yang kini masih lagi mahal.
"Kami sedang melihat untuk memastikan bahawa kos hidrogen sebenarnya dapat dikurangkan supaya ia lebih tersedia dan orang yang memiliki kenderaan elektrik atau memiliki kereta hidrogen atau sel bahan api akan mendapat manfaat. Kos bahan api (hidrogen) akan lebih rendah daripada kos bahan api fosil," tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]