Berita

Kerjasama Tnb, Siemens Energy Pemangkin Teroka Teknologi Guna Hidrogen Hijau

Minister of Investment, Trade and Industry Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz speaks at the launch of the 2023 Proton Rahmah Campaign at the Proton Service Center of IOI City Mall.

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama)-- Kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy mampu menjadi pemangkin untuk meneroka teknologi serta penyelesaian inovatif bagi penggunaan hidrogen di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantarannya di X hari ini, juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

TNB dan Siemens Energy telah memeterai memorandum persefahaman pada tahun lepas yang bertujuan mempercepat penyahkarbonan jana kuasa termal TNB menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Kenyataan beliau adalah bersempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman selama enam hari mulai semalam dengan kunjungan pertamanya di Siemens Energy yang juga antara syarikat teknologi tenaga utama di dunia. 

Selain Tengku Zafrul, turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja, menceburi keseluruhan landskap tenaga - daripada tenaga konvensional hingga tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga serta pengelektrikan proses perindustrian kompleks. 

Kilang di Huttenstrasse di Berlin, Jerman itu mempunyai kira-kira 3,400 pekerja yang terbabit dalam pemasangan turbin gas serta sistem pengeluaran hidrogen elektrolisis. 

Anwar, yang juga Menteri Kewangan serta rombongannya turut dibawa melawat kilang tersebut dan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan Siemens Energy.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]