Berita

Pm Anwar Lawat Siemens Energy Di Berlin

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (front, right), accompanied by Siemens Energy Sales Operation Vice President, Jens Klingemann (front, left), taking a tour to the Siemens Energy plant, here Monday. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

Daripada D.Arul Rajoo

BERLIN, 11 Mac (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan beliau ke Jerman hari ini dengan mengunjungi Siemens Energy, satu daripada syarikat teknologi tenaga utama di dunia. 

Ketibaan Anwar di ibu pejabat Siemens Energy di Huttenstrasse, di sini, disambut oleh ahli lembaga eksekutif Siemens Energy, Vinod Philip.

Turut mengiring Perdana Menteri semasa lawatan tersebut ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja terlibat dalam keseluruhan landskap tenaga - daripada tenaga konvensional hingga kepada tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga kepada mengelektrikkan proses perindustrian kompleks. 

Kilang di sini dengan kira-kira 3,400 pekerja terlibat dalam pemasangan turbin gas serta sistem pengeluaran hidrogen elektrolisis. 

Anwar, yang juga menteri kewangan serta rombongannya turut dibawa melawat kilang tersebut dan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan Siemens Energy.

Tahun lepas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau. 

Perkongsian itu bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa terma TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB).

-- BERNAMA

 

 

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]