Berita

85 PERATUS PENGGUNA LEGA TIDAK BABIT KENAIKAN CUKAI PERKHIDMATAN BIL ELEKTRIK



PETALING JAYA, 5 Mac (Bernama) — Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan cukai perkhidmatan bagi isi rumah yang menggunakan tenaga elektrik kurang daripada 600 kilowatt sejam (kWh) amat melegakan golongan tersebut,

Pengerusi Persatuan Pengguna dan Tenaga Malaysia T Saravanan berkata kumpulan itu yang mewakili hampir 85 peratus pengguna tidak akan mengalami kenaikan dalam bil elektrik mereka.

Saravanan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus yang mengecualikan beberapa barangan berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Di samping itu, mereka yang dikecualikan termasuk pengguna yang menggunakan tenaga elektrik kurang daripada 600 kWh atau membayar bil elektrik kurang daripada RM220 sebulan.

Bagaimanapun, Saravanan berkata pengguna perlu memainkan peranan mereka untuk menjimatkan elektrik.

“Mereka perlu bijak. Contohnya apabila cuaca panas, ia akan menyebabkan penggunaan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, terdapat cara untuk mengelakkannya seperti menambah baik pengudaraan di rumah,” katanya.

Saravanan berkata kenaikan cukai perkhidmatan memberi peluang kepada pengguna untuk mencari tenaga alternatif seperti penggunaan solar.

“Kerajaan menawarkan insentif untuk memasang panel solar selain giat menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]