Berita

Zhejiang Sinopont Buka Kilang Solar Baharu Di Perak



IPOH, 1 Mac (Bernama) -- Zhejiang Sinopont Technology Co Ltd yang berpengkalan di China telah membuka kemudahan pembuatan baharunya di Taman Perindustrian Tasek di sini sebagai antara pelan pelaburannya di Perak. 

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kilang berkenaan setakat ini telah mewujudkan 200 pekerjaan baharu, dengan komitmen sekurang-kurangnya 100 peratus jawatan diisi oleh rakyat Perak.

Beliau berkata pelaburan Zhejiang Sinopont melalui anak syarikat milik penuhnya di Malaysia, Sinopont Everthriving (Malaysia) Sdn Bhd itu juga mendasari gabungan acuan kukuh beberapa Flagship utama agenda Perak Sejahtera 2030 yang merangkumi Flagship 9 - Program Mesra Pelabur. 

"Saya juga dimaklumkan bahawa kilang ini nanti berupaya menghasilkan filem berkapsul sel solar dengan kapasiti pengeluaran 85 juta meter persegi bagi menampung permintaan 10 gigawatt (GW). 

"Fokus pada produksi filem berkapsul sel solar ini juga jelas memperlihatkan komitmen kerajaan negeri terhadap penggunaan teknologi hijau serta pembangunan mapan selaras dengan visi untuk mewujudkan hab bagi teknologi hijau dan inovasi di bawah Flagship 12 Pelan Perak Sejahtera 2030, " katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Kilang Solar Baharu Sinopont dekat sini hari ini. 

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Turut hadir Pengerusi Sinopont, Xianglai Cao, Pengurus Besar Sinopont Everthriving, Liu Yongzhan dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Perak, Mohd Fairuz Iqbal Mohd Akhbar.

Saarani sebelum ini menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Zhejiang Sinopont dengan Investment Management Centre (InvestPerak) yang di Hangzhou, China ketika misi promosi pelaburan Menteri Besar Perak ke Republik Rakyat China (RRC) pada 15 hingga 21 Okt lepas. 

Pelaburan Zhejiang Sinopont di Perak akan melalui beberapa fasa dan dijangka mencapai kapasiti pengeluaran 300 juta meter persegi bagi menampung permintaan 30 GW dengan jumlah pelaburan dianggarkan kira-kira RM2 bilion termasuk projek-projek untuk masa depan di Perak. 

Saarani berkata pelaburan itu juga mencerminkan keyakinan tinggi terhadap potensi dan kemampuan negeri ini selain turut menjadi lambang kemajuan dalam inovasi industri, terutamanya dalam pengeluaran filem berkapsul sel solar.

"Langkah Zhejiang Sinopont melabur di Perak mencerminkan komitmen kita bukan hanya memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap perkembangan industri penyelesaian tenaga mampan," katanya. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]