Berita

Spnb Kaji Cadangan Pasang Bumbung Solar Di Unit Kediaman Projek



SUBANG, 22 Feb (Bernama) -- Penyedia rumah mampu milik Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sedang mengkaji cadangan untuk memasang panel solar di unit kediaman yang dibina syarikat itu. 

Pengerusi SPNB Datuk Husam Musa berkata walaupun cadangan tersebut masih di awal perbincangan, namun perkara itu dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di negara ini.

“Kita terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pengeluar untuk memasang panel solar di rumah kediaman bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR),” katanya kepada media selepas merasmikan Sistem E-RMR di sini hari ini.

Beliau berkata pihak ketiga atau syarikat yang terlibat dalam pemasangan panel solar itu boleh menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik rumah bagi menampung kos pemasangan dan dapat meraih  manfaat menerusi tenaga elektrik yang terhasil yang akan dijual kepada TNB.

Dalam pada itu, beliau berkata sejak 2002 hingga 2017, SPNB telah berjaya melaksanakan 56 projek sakit yang diambil alih syarikat itu melibatkan 24,454 unit rumah. 

“Kita terbuka untuk meneruskan projek seperti itu pada masa akan datang melihat kepada kejayaan kita menyelesaikan banyak projek sakit sebelum ini,” katanya. 

Berhubung sistem E-RMR, beliau berkata sistem itu adalah antara usaha syarikat untuk meningkatkan perkhidmatannya dalam menyediakan RMR daripada 3,500 unit setahun kepada 10,000 unit, seperti yang disasarkan tahun hadapan.

Sistem E-RMR yang lengkap itu katanya mampu menjimatkan kos operasi serta masa kakitangan dan mempercepat pembayaran kepada kontraktor. 

Sehingga hari ini, SPNB telah berjaya melaksanakan sebanyak 65,758 unit RMR di seluruh negara. 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Epic Rancang Perluas Rangkaian Perkhidmatan Tenaga Solar

CHUKAI, 22 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menerusi subsidiari, EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB) merancang untuk memperluas rangkaian perkhidmatan dalam bidang tenaga solar dan teknologi hijau di Malaysia.


Sarawak Komiited Utamakan Tenaga Bersih Bagi Tangani Ketidakkonsistenan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Sarawak Komiited Utamakan Tenaga Bersih Bagi Tangani Ketidakkonsistenan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]