Berita

Sesb Perkukuh Kapasiti Penjanaan Elektrik Di Sandakan

SANDAKAN, 19 Feb (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan sebuah stesen janakuasa mini yang baharu di Sandakan dalam usaha mengukuhkan penjanaan elektrik di kawasan tersebut.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Idris Mohd Noor berkata projek yang terletak di tapak Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Mowtas dijangka siap pada penghujung Mac ini dan mampu menjana 10 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Beliau berkata projek Stesen Janakuasa Labuk melibatkan 30 MW dan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Seguntor melibatkan 10MW pula dijangka siap penghujung bulan ini.

"Apabila siap kelak, projek ini akan dapat memberi manfaat langsung kepada pengguna elektrik, terutamanya sekitar daerah Sandakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak PPU Mowtas di sini hari ini.

Menurut Idris tiga projek itu yang bermula pada Disember lepas dijangka mampu menjana tenaga elektrik hingga 50 MW pada satu-satu masa.

Beliau berkata kapasiti penjanaan daripada projek berkenaan juga akan meningkatkan jumlah penjanaan setempat iaitu daripada 78 MW kepada 128 MW sehari.

-- BERNAMA

    Berita Lain-lain

Epic Rancang Perluas Rangkaian Perkhidmatan Tenaga Solar

CHUKAI, 22 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menerusi subsidiari, EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB) merancang untuk memperluas rangkaian perkhidmatan dalam bidang tenaga solar dan teknologi hijau di Malaysia.

Sarawak Komiited Utamakan Tenaga Bersih Bagi Tangani Ketidakkonsistenan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Main Sponsor

    Quotes

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]