Berita

Pemasangan Panel Solar Di Kediaman Catat Trend Peningkatan



SEPANG, 14 Feb (Bernama) -- Inisiatif pemasangan panel solar di kawasan kediaman di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend peningkatan, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata trend positif itu membuatkan kerajaan membuka kuota permohonan untuk pemilik kediaman memasang panel solar di kediaman masing-masing tahun ini melalui Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

“Di peringkat kerajaan, kita lihat ada trend peningkatan pemilik kediaman pakai sistem solar (ketika ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sistem solar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata program NEM diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100 megawatt (MW) untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NEM NOVA, sebagai insiatif pelaksanaan program Tenaga Bersih Bersepadu bagi tahun ini. 

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata tempoh tawaran kuota itu ditetapkan hingga Disember 2024 atau hingga kuota habis diagihkan atau yang mana dahulu, dan permohonan boleh dibuat bermula 5 Feb lepas melalui sistem eNEM di laman sesawang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), www.seda.gov.my

Program NEM akan membolehkan sekurang-kurangnya 25,000 pengguna elektrik domestik dan 100 pengguna kategori komersial dan industri memanfaatkan ruang bumbung di premis bangunan masing-masing untuk penjanaan bekalan elektrik bagi kegunaan sendiri melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV). 

Mengenai usaha pemasangan sistem solar di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Akmal Nasrullah berkata ia merupakan satu perkara positif khususnya buat industri perhotelan.

“Kita sambut baik industri seperti perhotelan untuk mengorak langkah bagi memastikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di premis mereka.  

“Ia juga jadi satu simbolik bahawa apabila kita mencari peluang atau buka ruang industri perhotelan guna pakai sistem solar ia akan beri peluang lebih besar selepas ini,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]