Berita

Pgb, Solarvest Akan Bangun Perbandaran Perindustrian Hijau Di Johor



KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Pemaju hartanah Paragon Globe Bhd (PGB) dan Solarvest Holdings Bhd merancang untuk membangunkan perbandaran perindustrian hijau dan kilang dilengkapi sistem solar di Johor.

Selepas siap kelak, projek itu dijangka menjana kapasiti tenaga boleh baharu kira-kira 12.5-megawatt  (MW), menjadikannya satu daripada perbandaran perindustrian paling cekap tenaga di Johor, kata syarikat terbabit dalam satu kenyataan bersama, hari ini.  

“Kami berharap projek itu dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI) tambahan ke negeri ini, yang merekodkan FDI sejumlah RM70.6 bilion pada 2022, yang tinggi dalam kalangan semua negeri,” kata pengerusi eksekutif PGB Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng.

Solarvest akan membiayai projek itu melalui program pembiayaan solar Powervestnya, yang membolehkan PGB melaksanakan penyelesaian dengan perbelanjaan modal permulaan sifar.

Ini termasuk gabungan kemudahan komersial dan perindustrian, tenaga guna akhir dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik.

Menurut kenyataan itu, PGB mempunyai pembangunan perindustrian hijau seluas kira-kira 57.06 hektar, antara yang terbesar di Johor, yang bakal menjadikan negeri itu pemain utama dalam sektor tenaga solar dan boleh baharu.

Projek itu juga sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan dan tenaga boleh baharu negeri seperti yang terkandung dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar Johor 2030, dan dijangka menyediakan manfaat ekonomi yang besar kepada negeri tersebut.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]