Berita

Ditrolic Energy Peroleh Sokongan Pelaburan Blackrock Untuk Bina Aset Solar



KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh diperbaharui Malaysia, Ditrolic Energy Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian dengan Perkongsian Pembiayaan Iklim (CFP) BlackRock yang akan menyokong pengembangan Ditrolic Energy untuk membina aset solar komersial dan perindustrian (C&I) dan utiliti di seluruh pasaran baharu muncul di Asia Pasifik.

Blackrock ialah syarikat pengurusan aset global manakala CFP pula adalah syarikat kewangan awam-swasta.

CFP adalah perkongsian antara BlackRock dan kerajaan Perancis, Jerman dan Jepun melalui institusi kewangan pembangunan masing-masing serta organisasi Amerika Syarikat yang terkemuka.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Ditrolic Energy, Tham Chee Aun berkata perkongsian itu memperoleh komitmen US$673 juta daripada konsortium pelabur global termasuk kerajaan, dermawan dan pelabur institusi dalam pengumpulan dana akhir lebihan langganan, melebihi sasaran awal US$500 juta.

“Perkongsian itu bertujuan untuk memudahkan realisasi saluran paip 1 GW yang disasarkan oleh Ditrolic Energy bagi projek solar, meningkatkan jumlah kapasiti disasarkan Ditrolic Energy kepada 5GW saluran paip projek solar di Malaysia, Bangladesh, Indonesia dan Filipina.

“Kami sedang mencari pelaburan serta pengembangan 360° Clean Energy Solution, EnerLoop dengan membolehkan teknologi untuk Penjejakan Karbon, Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri dan Jualan Elektrik Hijau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan perkongsian baharu ini, Ditrolic Energy berhasrat menjadikan Malaysia hab pelaburannya untuk melabur secara aktif dalam projek peralihan tenaga utama di sekitar pasaran diluluskannya di rantau Asia Pasifik termasuk program Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Ditrolic Energy merancang untuk menggerakkan sejumlah besar modal pelaburan swasta dengan tujuan untuk mempercepat dan mengurangkan kos berkaitan peralihan tenaga untuk Malaysia,” katanya.

Ditubuhkan pada 2009, Ditrolic Energy ialah salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dan menjalankan rantaian nilai bersepadu sepenuhnya daripada pembangunan projek, pembiayaan, kejuruteraan dan pembinaan sehinggalah kepada operasi dan penyelenggaraan (O&M) dan pengurusan aset.

Setakat ini, Ditrolic Energy sedang beroperasi dan membina lebih daripada 450 megawatt aset solar di Malaysia, negara-negara Asia Tenggara lain, Bangladesh dan China.

Menerusi perkongsian CFP, Ditrolic Energy mendapat kedudukan sebagai salah satu syarikat peralihan tenaga tulen yang terkemuka di negara ini.

BlackRock kini menguruskan lebih US$50 bilion aset pelanggan infrastruktur di bawah pengurusan (AUM) terdiri daripada ekuiti infrastruktur, hutang dan penyelesaian dan telah berkembang secara organik dan bukan organik sejak penubuhannya pada 2011.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Epic Rancang Perluas Rangkaian Perkhidmatan Tenaga Solar

CHUKAI, 22 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menerusi subsidiari, EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB) merancang untuk memperluas rangkaian perkhidmatan dalam bidang tenaga solar dan teknologi hijau di Malaysia.


Sarawak Komiited Utamakan Tenaga Bersih Bagi Tangani Ketidakkonsistenan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Sarawak Komiited Utamakan Tenaga Bersih Bagi Tangani Ketidakkonsistenan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]