Berita

Bekalan Elektrik Di Sabah, Labuan Pada Tahap Waspada - Sesb



KOTA KINABALU, 22 Jan (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah pada tahap berwaspada hari ini namun dijangka tidak berlaku catuan.

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil berkata jumlah keseluruhan bekalan tenaga elektrik dalam grid syarikat itu ialah 1,128 megawatt (MW).

Beliau berkata permintaan tenaga elektrik waktu puncak untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 2.30 petang ini ialah 1,027 MW manakala waktu puncak 7.30 malam semalam ialah 957 MW.

“SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 101 MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebih permintaan hari ini. Setakat ini, tiada catuan dijangka dilakukan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Adrian berkata SESB turut memperoleh penjanaan tenaga elektrik melalui solar yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar tenaga bebas Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 18.3MW dengan keupayaan maksimum penjanaan 50 MW bergantung kepada cuaca dan tenaga suria. 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]