Berita

Dua Ipp Beroperasi Semula, Bekal 155mw Elektrik Ke Grid Sabah - Sesb



KOTA KINABALU, 20 Jan (Bernama) -- Dua syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan 155MW tenaga elektrik kepada kepada Grid Sabah.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SESB Adrian Mosigil berkata syarikat Kimanis Power Sdn Bhd telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga elektrik itu semalam.

Beliau berkata satu lagi IPP iaitu syarikat Ranhill Powerton II Sdn Bhd pula telah mula membekalkan tenaga elektrik semula sebanyak 60MW kepada grid itu pada Khamis lalu.

“Pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula penjanaan bekalan elektrik di Sabah yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Kimanis Power Sdn Bhd telah menutup sementara bekalan elektriknya pada 6 Jan lepas bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Sementara Ranhill Powerton II Sdn Bhd membuat penutupan kecemasan akibat masalah high vibration gear di set penjanaan mereka pada 14 Jan lepas.

Dalam pada itu Adrian mengumumkan IPP Serudong Power Sdn Bhd dijangka dapat membekalkan 11MW tenaga elektrik ke Grid Sabah bermula 1 Mac ini, manakala Stesen Janakuasa Patau-Patau di Labuan 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 Sept tahun lalu juga dijangka beroperasi semula 29 Feb ini.

Katanya Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk akibat bencana alam pada 31 Okt 2022, dan dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula Mac, Jun dan Oktober ini.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]