Berita

Dun Sarawak Lulus Rang Undang-undang Elektrik (pindaan)



KUCHING,  21 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Elektrik (Pindaan) 2023 yang antara lain mengemas kini Ordinan Elektrik bagi tujuan memajukan dasar-dasar kerajaan negeri mengenai peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui bersih.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti 14 Ahli Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata pindaan itu sekali gus meningkatkan, mengukuh dan menambah baik peruntukan dalam Ordinan sedia ada.

"Dengan pindaan ini, kerajaan Sarawak akan dapat memudahkan pelaksanaan strategi dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 untuk peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui bersih dan mewujudkan industri elektrik yang mantap dan dikawal selia dengan baik, untuk menyokong pembangunan mampan Sarawak bagi menjadi kuasa besar serantau ASEAN.

"Ia akan memberi peluang kepada rakyat dan pelabur kita untuk mengambil bahagian dalam penjanaan kuasa, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi Sarawak sumber pendapatan tambahan," katanya ketika menggulung pindaan rang undang-undang itu di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]