Kredit : MyCEB
JAKARTA, 16 Nov (Bernama) -- Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada persidangan Enlit Asia 2024 untuk sektor kuasa serta tenaga mulai 8-10 Okt tahun depan, kata Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).
Acara tahunan itu, yang dianjurkan oleh Clarion Event Pte Ltd, dijangka menarik 12,000 pelawat dari lebih 50 negara, menjana anggaran impak ekonomi sebanyak RM134.6 juta dan RM8.2 juta dalam perbelanjaan pelawat, kata agensi itu melalui satu kenyataan.
Mengambil alih dari Indonesia, majlis penyerahan itu diadakan hari ini di sini sebagai melambangkan perkongsian kejayaan berterusan antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang acara perniagaan, katanya.
Enlit Asia yang disokong kuat oleh MyCEB, akan menggabungkan dua acara dalam sektor kuasa serta tenaga iaitu Powergen Asia dan Asian Utility Week, kedua-duanya diiktiraf sebagai penyuluh inovasi dan kerjasama dalam industri.
"Kami amat berbesar hati untuk menjadi destinasi seterusnya kepada Enlit Asia selain teruja dengan peluang bagi menganjurkan acara bertaraf dunia yang akan menghimpunkan minda paling cemerlang dalam sektor kuasa dan tenaga," kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Zain Azrai Rashid.
Zain menjelaskan selain menyerlahkan kesediaan negara untuk mempamerkan kepakarannya dalam menganjurkan acara perniagaan antarabangsa yang penting, beliau berharap dapat menyokong penganjur acara itu dalam acara tahun depan.
"Kami sangat teruja untuk membawa Enlit Asia 2024 ke landskap Malaysia yang meriah, yang mana inovasi menyatu dengan tradisi.
"Acara ini dijanjikan akan membuka laluan baharu dalam sektor tenaga, mempamerkan komitmen Malaysia terhadap sistem penjanaan masa depan yang mampan dan dinamik," kata Pengarah Acara Enlit Asia Simon Hoare.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]