KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga telah memilih subsidiari LBS Bina Group Bhd, Setara Armada Sdn Bhd dan rakan konsortiumnya sebagai pengeluar tenaga solar (SPP) dalam program tenaga hijau korporat (CGPP) untuk membangunkan loji tenaga solar berkapasiti 28.67 megawatt (MW).
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, konsortium itu, yang merangkumi MWG Power Sdn Bhd serta Ocean Solar Energy Sdn Bhd, telah dipilih daripada kumpulan kedua 46 permohonan
Jumlah kuota 800 MW di bawah CGPP itu kini telah dilanggan sepenuhnya dan SPP yang terpilih dikehendaki mengambil langkah seterusnya iaitu mengemukakan permohonan bagi menyertai program "New Enhanced Dispatch Arrangement" dalam tempoh tiga bulan dari pemberitahuan SPR.
LBS Bina berkata projek itu adalah selaras dengan komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya, serta penglibatannya dalam CGPP menggariskan amalan mesra alam kumpulan dalam operasi perniagaan terasnya.
Projek itu akan mengukuhkan kedudukan LBS Bina sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab selain membuka jalan kepada syarikat untuk memasuki sektor tenaga boleh diperbaharui.
“Kumpulan itu bersedia membuat sumbangan besar ke arah mengurangkan pelepasan karbon termasuk memainkan peranan penting dalam menyokong usaha tenaga bersih di rantau ini,” katanya. .
Selain sebarang keadaan yang tidak dijangka, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan, kata makluman itu lagi.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]