Berita

Samaiden Dapat Dua Projek Janakuasa Solar



KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd (SSB), telah dipilih untuk membangunkan loji janakuasa solar berkapasiti 13.42 megawatt (MW).

SBB melalui usaha sama dengan Premier Supreme Sdn Bhd, sebagai sebuah konsortium, turut dipilih untuk membangunkan loji tenaga solar 29.90 MW, kata Samaiden Group dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

SSB memenangi kontrak itu melalui proses pembidaan di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Katanya, kecuali sebarang keadaan yang tidak dijangka, projek-projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan Samaiden Group.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Samaiden Group menjelaskan seiring dengan pengembangan CGPP, ia bersedia untuk memulakan operasinya sejajar dengan tarikh operasi komersil yang disasarkan menjelang 2025.

“Projek ini bukan sekadar satu langkah ke arah mencapai visi Samaiden bagi masa depan yang mampan, yang sedia terangkum dalam pelan hala tuju strategik lima tahun mereka tetapi juga mencerminkan komitmen Malaysia yang semakin meningkat untuk menangani perubahan iklim dan memperkukuhkan penggunaan tenaga mesra alam,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]