Berita

Pelan Tindakan Ogse Akan Merangkumi Kemampanan Dan Peralihan Tenaga - Rafizi

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 9 Nov 9 (Bernama) -- Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Negara (OGSE) 2021-2030 tahun depan akan merangkumi kemampanan dan peralihan tenaga bagi industri apabila Malaysia mempercepatkan aspirasi rendah karbonnya untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) akan mengetuai kajian semula itu bersama rakan Pelan Tindakan OGSE yang lain, dengan mengambil kira perkembangan dan dasar terkini berkaitan OGSE seperti yang diumumkan kerajaan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12), Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

Beliau berkata OGSE Malaysia berpotensi menjadi satu daripada penyumbang utama kepada ekonomi negara.

“Bagaimanapun, industri itu harus merebut peluang untuk mengambil bahagian dalam Pertumbuhan Tinggi Industri Bernilai Tinggi  berdasarkan peralihan tenaga seperti yang digariskan dalam KSP RMKe-12.

“Ini penting memandangkan komitmen iklim yang lebih kukuh serta dorongan yang lebih besar ke arah penyahkarbonan yang akan memberi impak kepada masa depan industri minyak dan gas,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Keempat Jawatankuasa Pemandu Pelan Induk OGSE hari ini.

Sementara itu, presiden dan ketua pegawai eksekutif MPRC Mohd Yazid Ja'afar berkata, Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan OGSE akan menyediakan panduan tentang amalan kemampanan untuk syarikat OGSE memandangkan keperluan yang lebih ketat untuk penerimaan dan pendedahan kemampanan daripada pelanggan, pengawal selia dan pembiaya.

Selain itu, katanya, ia juga akan meneroka salah satu inisiatif tentang bagaimana syarikat OGSE akan menyertai sektor yang hampir sama untuk membina daya tahan dan peralihan secara berperingkat ke sektor sedemikian dalam lapangan tenaga baharu.

Menurut kenyataan itu, MPRC dan rakan Pelan Tindakan OGSE akan menumpu pada 2024 untuk membangunkan dan memudahkan program bantuan kewangan dan membuka laluan kepada eksport dan peluang perniagaan luar negara untuk syarikat OGSE.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]