Berita

Hornbill Memeterai Mou Dengan Vestech Energy, Alliance Bank Perkenal Rumah Solar Sarawak



KUCHING, 8 Nov (Bernama) -- Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Vestech Energy Sdn Bhd dan Alliance Bank Bhd untuk memperkenalkan rumah sedia solar di Sarawak.

Vestech Energy ialah anak syarikat pembekal penyelesaian fotovoltan solar (PV), Solarvest Holdings Bhd. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata Sarawak Energy, yang merupakan syarikat utiliti elektrik milik kerajaan, melaporkan pada 2021 terdapat 617,255 akaun pelanggan domestik yang mempunyai potensi penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak dua gigawatt. 

“Laporan itu juga menyatakan Sarawak menjana 73 peratus gabungan tenaganya daripada RE.

“Namun begitu, 99 peratus daripadanya dijana oleh kuasa hidro. Justeru, perlu ada selain menggalakkan lebih banyak penjanaan tenaga solar di Sarawak,” katanya pada majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.

Julaihi juga melahirkan rasa gembira selepas mendengar bahawa Hornbill Networks Consortium sedang bersiap sedia dengan Vestech Energy dan Alliance Bank untuk melancarkan tambahan 500 rumah sedia solar menjelang 2025, di atas 28 unit untuk peringkat pertama pembangunan.

“Oleh itu, lebih 500 rumah sedia solar tersebut akan menjana hampir 1.8 megawatt RE, yang sebenarnya agak mengagumkan. Tahniah kepada ketiga-tiga organisasi ini,” katanya

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]