Berita

Mosti Sasar Tenaga Hidrogen Pasaran Tempatan Serendah 15 Sen Kwj



SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan tenaga hidrogen mampu dimiliki pada harga 15 sen kilowatt per jam (kWj) menjelang lima tahun lagi bagi pasaran tempatan.

Menterinya Chang Lih Kang berkata ketika ini tenaga itu dijual pada harga 60 hingga 80 sen setiap kWj di pasaran tempatan.

"Sekarang ni mahal sebab pasaran belum (sepenuhnya). Apabila pengguna dan keseluruhan ekosistem lengkap, maka akan ada lebih ramai pengguna dan harga pengeluaran akan lebih murah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Penjana Hidrogren (HyPEReactor) oleh NanoMalaysia Bhd di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Chang turut menguji sendiri penggunaan hidrogen sebagai bahan api pada kereta litar sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad Dr Rezal Khairi Ahmad.

Terdahulu dalam ucapannya, Chang berkata usaha itu membuktikan potensi tenaga hidrogen sebagai bahan api alternatif berdasarkan permintaan dan merupakan pendekatan baharu bagi penyelesaian tenaga lebih cekap.

"Berdasarkan perencanaan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HTER) dengan kementerian berhasrat untuk menerajui dalam perkembangan ekonomi hidrogen menjelang 2050.

"Ini sekali gus menunjukkan komitmen kita kepada penambahbaikan alam sekitar, pengurangan pelepasan karbon serta peningkatan peralihan tenaga untuk industri yang lebih mampan," katanya.

Pada 5 Okt lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) yang bakal meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam peralihan tenaga dan menjadi peneraju serantau dalam industri tenaga boleh baharu (TBB).

Kejayaan pelaksanaan HETR itu akan membolehkan Malaysia meneroka pasaran hidrogen hijau global yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya US$189.19 bilion (RM824 bilion) menjelang 2050.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]