Managing Director and Chief Executive Officer of Malakoff Corporation Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib
SUBANG, 1 Nov (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd, menerusi anak syarikat, Malakoff Radiance Sdn Bhd, mempercepat inisiatif peralihan tenaga selepas Perjanjian Pembelian Tenaga Solar yang ditandatangan dengan DRB-Hicom pada RM50 juta.
Perjanjian itu ditandatangan bagi pembangunan, operasi dan penyenggaraan sistem fotovolta solar di 14 lokasi di Selangor, Perak, Kedah, Melaka dan Pahang.
“Berdasarkan jumlah kapasiti 20.78 megawatt (MW) dan penjanaan elektrik keseluruhan 26,546.45 MW sejam setiap tahun, projek ini dijangka berperanan penting dalam membuat sumbangan besar kepada pengurangan tahunan sebanyak 20,706 tan karbon dioksida bersamaan (tCO2e) sekuestrasi karbon 23,204.56 ekar hutan, mengimbangi Co2 daripada atmosfera,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib selepas pertukaran dokumen perjanjian antara Malakoff Radiance dan DRB-Hicom di sini, pada Rabu.
Beliau berkata DRB-Hicom gembira dengan pencapaian cabang solar Malakoff Corp setakat ini.
Syarikat itu boleh menjimatkan bil elektrik minimum 30 hingga 40 peratus, katanya.
Beliau berkata perjanjian selama 25 tahun dengan DRB-Hicom adalah sebahagian perancangan transformasi strategik 10 tahun pihaknya untuk menjadi organisasi yang lebih prihatin terhadap kemampanan.
Penekanan akan diberikan kepada tenaga boleh baharu, penyelesaian alam sekitar dan projek penyahgaraman air, disokong oleh transfromasi operasi dan pengembangan antarabangsa, katanya.
“Sudah tentu kami amat oportunis dari segi pengembangan luar negara dan perkara itu tidak terhad hanya solar,” katanya.
Anwar Syahrin berkata kapasiti pengeluaran air Malakoff kekal berkedudukan lima teratas dalam kalangan negara Timur Tengah dengan 472,975 meter padu air dihasilkan sehari.
Syarikat itu merancang untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu 1,400 MW pada 2031.
Usaha tenaga boleh baharu itu turut menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]