KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd untuk membentuk syarikat JV, UPP Holdings Sdn Bhd.
Gamuda dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata JV yang dicadangkan itu bertujuan melaksanakan inisiatif pembiayaan swasta untuk membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.
Kumpulan itu menjelaskan akan membeli 45 peratus kepentingan dalam syarikat JV itu, manakala Sabah Energy akan memegang 40 peratus dan baki 15 peratus lagi dipegang oleh Kerjaya Kagum.
Menurutnya projek empangan hidroelektrik itu akan dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuh syarikat JV berkenaan iaitu Upper Padas Power Sdn Bhd yang akan berperanan sebagai pemaju projek.
“Projek ini dianggarkan melibatkan tempoh pembinaan selama lima tahun dan tempoh pengoperasian permulaan selama 40 tahun.
“Sebagai sebahagian daripada JV yang dicadangkan itu, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) akan dimuktamadkan dan dimeterai antara pemaju projek dan pihak yang membeli perkhidmatan berkenaan iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd,” katanya.
Menurut kumpulan itu, apabila siap, projek ini akan memberi kapasiti penjanaan tambahan sebanyak 187.5 MW kepada Sabah, menyediakan sehingga 1.052 gigawatt-jam tenaga bersih setahun.
Gamuda akan membuat pengumuman berkenaan perincian tarif dan perkembangan PPA sebaik sahaja kelulusan sewajarnya diterima, katanya sambil memaklumkan pemaju projek akan melaksanakan PPA menjelang separuh pertama 2024.
JV yang dicadangkan itu akan dibiayai menerusi penjanaan dana dan pinjaman secara dalaman dengan nisbah hutang kepada ekuiti minimum 80:20, katanya.
“Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, projek ini dijangka memulakan pembinaan pada 2024, dengan operasi komersial akan bermula pada 2029,” kata Gamuda.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]