Berita

Verdant Solar Dijangka Capai Sasaran Pemasangan Panel Solar Kediaman

Credit: Verdant Solar

Oleh Nur Syahidayah Mahasan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd dijangka mencapai sasarannya untuk memasang 1,300 panel solar kediaman pada tahun ini.

Setakat ini, ia telah mencapai kira-kira 70 peratus daripada sasaran tersebut dengan 850 hingga 900 pemasangan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zeth Lim.

Syarikat itu mencatatkan 650 pemasangan pada tahun lepas.

Lim memberitahu Bernama dalam satu temu bual bahawa unjuran pasaran secara keseluruhan untuk negara pada 2023 adalah kira-kira 10,000 pemasangan.

“Ini menggariskan peningkatan yang ketara dalam penggunaan teknologi solar fotovoltaik (PV),” katanya. 

Beliau menyifatkan pertumbuhan yang semakin berkembang ini daripada penurunan yang ketara untuk harga modul solar berbanding sedekad yang lepas.

“Kos telah berkurangan kepada kira-kira 30 peratus daripada jumlah sebelum ini dan ketersediaan pelbagai pilihan pembiayaan telah meningkatkan tarikan dengan ketara,” katanya.

Pilihan pembiayaan telah memainkan peranan penting. Bank kini menawarkan pelan sehingga 10 tahun dan penyedia kontrak prestasi tenaga teknikal melanjutkan pilihan pembiayaan sehingga lima tahun.

“Ini telah memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan sistem solar PV,” katanya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]