KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Institut Pengurus Hartanah dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) berharap kerajaan akan menyemak semula tarif elektrik bagi penghuni strata, terutamanya pangsapuri berservis yang hanya dikhususkan untuk kegunaan kediaman.
Menurut MIPFM dalam kenyataan, badan itu turut berharap akan ada pengurangan cukai ke atas panel solar bagi kegunaan kediaman (bagi kediaman atas tanah dan strata) dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan 13 Okt ini.
Ini bagi menarik lebih ramai pemilik rumah menggunakan panel solar, selari dengan cadangan komprehensif kerajaan mengenai perumahan strata dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang menyasarkan kepada “Penambahbaikan Pengurusan Perumahan Strata’ di seluruh negara.
“Pengurusan strata memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk, kelestarian komuniti dan nilai hartanah.
“Kami turut berharap terdapatnya pengurangan dalam kadar penilaian kediaman bagi pemilik kediaman atas tanah yang melakukan aktiviti kelestarian atau langkah-langkah bangunan hijau,” menurut kenyataan itu.
Aktiviti tersebut termasuk membuat kompos, menadah air hujan, menjana elektrik daripada panel solar dan mengurangkan penggunaan tenaga menggunakan sensor rumah pintar dan menggunakan perkakas elektrik cekap tenaga.
Selain itu, MIPFM turut berharap agar geran kerajaan bagi mengecat semula perumahan strata awam diwujudkan semula, selain mengumumkan bajet tambahan untuk Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi menampung kadar penilaian dan insurans kebakaran.
MIPFM merupakan institut profesional bagi pengurus hartanah dan kemudahan dengan 1,000 anggota.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]