Berita

Anwar Hargai Komitmen Tnb, Petronas Sokong Usaha Peralihan Tenaga Negara

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech at the launch of the second phase of the National Energy Transition Roadmap (NETR) at Kuala Convention Centre today.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghargai komitmen, profesionalisme, dan dedikasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam menyokong usaha peralihan tenaga negara.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kepentingan kerjasama antarabangsa dalam mempercepat inisiatif peralihan tenaga kerana usaha kolektif boleh memacu perubahan positif untuk masa depan yang lebih bersih dan lebih mampan.

“Dengan bekerjasama, kita boleh memanfaatkan kekuatan kolektif kita untuk mempercepat penggunaan teknologi boleh baharu, pembangunan penyelesaian penyimpanan tenaga yang inovatif, dan memantapkan amalan kecekapan tenaga.

"Kedudukan strategik Malaysia sebagai Hab Tenaga Asean membolehkan kita memainkan peranan penting dalam memajukan tenaga mampan rantau ini pada masa depan ke arah Net Zero Asean," kata Anwar pada pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), di sini, hari ini.

Pelancaran itu diadakan di luar Persidangan Peralihan Tenaga 2023.

Anwar berkata syarikat utiliti seperti TNB dan Sarawak Energy sedang mengembangkan perniagaan rentas sempadan mereka, memanfaatkan Grid Kuasa Asean untuk meningkatkan prospek jaminan tenaga yang lebih luas dan mengukuhkan lagi integrasi ekonomi dengan negara jiran.

“TNB mengetuai perbincangan dengan syarikat utiliti dan kerajaan Asean untuk perkongsian sumber dan penyelesaian fleksibiliti secara berskala. Langkah itu akan mempercepat kepesatan peralihan tenaga dengan cara yang bertanggungjawab sambil mengimbangi unsur-unsur trilema tenaga,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, persidangan tersebut akan memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tenaga yang bertanggungjawab dalam kerjasama tempatan dan serantau untuk mengukuhkan sambungan grid antara wilayah, khususnya bagi rantau Asean, ke arah jaminan tenaga yang lebih baik.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sime Darby Property Meterai Mou Dengan Tnb Bagi Inisiatif Tenaga Solar

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengukuhkan komitmennya terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dengan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan inisiatif tenaga mampan.


Persidangan Peralihan Tenaga Tnb Hasilkan Penyelesaian Strategik Kepada Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2023 selama dua hari anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang berakhir pada 29 Ogos, menyaksikan ia berjaya menjana perbincangan dan pengetahuan yang bermakna untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif dan strategik kepada beberapa isu rumit berkaitan peralihan tenaga global.


Sarawak Sasar Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu

SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Pelet kayu berpotensi menjadi sumber tenaga boleh baharu untuk menjana grid elektrik Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]