Berita

Pm Anwar Akan Lancar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) hari ini yang dapat mengukuhkan komitmen Malaysia untuk mencapai aspirasi Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) bersih sifar seawal-awalnya pada 2050.

Menurut buku kecil Kementerian Ekonomi, NETR fasa pertama yang dilancarkan bulan lepas menggariskan 10 projek pemangkin utama dan inisiatif berdasarkan enam pemacu peralihan tenaga terpenting, manakala Fasa 2 akan menumpukan kepada usaha mewujudkan laluan rendah karbon, campuran tenaga nasional dan sasaran pengurangan pelepasan sebagai  keupayaan yang diperlukan untuk peralihan tenaga.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa melancaran Fasa 1 pada 27 Julai berkata NETR akan membuka peluang pelaburan bernilai antara RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050, dan fasa pertama sahaja dianggarkan mewujudkan kira-kira 23,000 pekerjaan berimpak tinggi.

Beliau berkata pelan hala tuju itu akan membantu mengubah ekonomi negara dengan membuka usaha niaga menguntungkan yang baik untuk alam sekitar serta ekonomi.

NETR yang bertujuan untuk mempercepatkan peralihan tenaga Malaysia adalah penting bagi negara untuk mengemudi kerumitan peralihan tenaga secara besar-besaran, terutamanya peralihan daripada ekonomi berasaskan bahan api fosil tradisional kepada ekonomi hijau bernilai tinggi.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Sime Darby Property Meterai Mou Dengan Tnb Bagi Inisiatif Tenaga Solar

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengukuhkan komitmennya terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dengan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan inisiatif tenaga mampan.


Persidangan Peralihan Tenaga Tnb Hasilkan Penyelesaian Strategik Kepada Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2023 selama dua hari anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang berakhir pada 29 Ogos, menyaksikan ia berjaya menjana perbincangan dan pengetahuan yang bermakna untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif dan strategik kepada beberapa isu rumit berkaitan peralihan tenaga global.


Sarawak Sasar Pelet Kayu Sebagai Potensi Sumber Tenaga Boleh Baharu

SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Pelet kayu berpotensi menjadi sumber tenaga boleh baharu untuk menjana grid elektrik Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]