Credit : UNITEN
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pusat Tenaga ASEAN (ACE) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi peralihan tenaga.
MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UNITEN Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman dan Pengarah Eksekutif ACE Dr Nuki Agya Utama pada Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2023 di Bali, Indonesia pada Sabtu lepas.
Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam projek pemodelan tenaga, perhubungan tenaga dan alam sekitar, serta bidang berkaitan perniagaan seperti pengurusan tenaga, keselamatan tenaga dan ekonomi.
Noor Azuan berkata kerjasama itu juga akan melibatkan aktiviti pertukaran akademik, perkongsian pengetahuan, penganjuran persidangan antarabangsa, kolaborasi penyelidikan serta penghasilkan kertas dasar, penerbitan dan bahan akademik bagi manfaat pihak berkepentingan dalam bidang tenaga.
“MoU ini selaras dengan pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC) antara UNITEN dengan ACE berdasarkan kesaksamaan dan faedah bersama,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata MoU dengan ACE itu dapat mengukuhkan penglibatan UNITEN sebagai think tank bagi menyumbang kepakaran universiti dalam menyediakan kajian pelbagai disiplin dalam bidang tenaga di peringkat ASEAN.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]