Berita

Sektor Tenaga Akan Jadi Tunjang Ekonomi Sarawak - Abang Johari

Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg (File pix)

KUCHING, 26 Ogos (Bernama) -- Tumpuan Sarawak kepada tenaga hijau dan tenaga boleh baharu (TBB) akan menjadi tunjang kepada ekonomi negeri menuju ke 2030 dan seterusnya, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak berkata pembangunan semua sektor lain adalah susulan daripada pertumbuhan industri tenaga.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan alu-aluannya semasa mesyuarat dengan para pegawai tertinggi Shell di ibu pejabat gergasi minyak dunia itu di London, hari ini. 

Abang Johari yang mengetuai delegasi ke Sweden, Norway dan United Kingdom (UK), berlepas ke London dari Oslo petang semalam untuk memuktamadkan lawatan kerja selama seminggu yang bertujuan untuk mengkaji dasar Ombudsman Sweden, inisiatif dan dasar penyimpanan pemerangkapan karbon (CCS) Norway dan UK serta industri tenaga boleh baharu negara-negara tersebut.

“Premier menyeru Shell yang mempunyai sejarah panjang dalam industri minyak dan gas di Sarawak untuk terus menjadi rakan kongsi Sarawak dalam pembangunan sumber minyak dan gas CCS.

“Beliau memuji Shell yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Sarawak sejak minyak mula digerudi pada 1910 di Miri,” demikian menurut kenyataan itu.

Antara yang mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Timbalan Menteri Kelestarian Tenaga dan Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Premier dan anggota delegasinya disambut oleh Naib Presiden Eksekutif Shell bagi minyak dan gas konvensional Peter Costello, Naib Presiden Eksekutif eksplorasi Marc Gerrits dan Pengerusi Negara Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman semasa ketibaan mereka di premis tersebut.

-- BERNAMA 



 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]