Nik Nazmi Nik Ahmad
Daripada Nurul Jannah Kamaruddin
BALI, 25 Ogos (Bernama) -- Perdagangan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan merupakan rangsangan penting untuk membolehkan Malaysia membangunkan sektor storan atau penyimpanan tenaga baterinya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Pada masa ini, masih sukar untuk menjadikannya cekap dari segi kos di Malaysia tetapi saya berpendapat sebaik sahaja anda membenarkan rentas sempadan, maka ia akan dapat dilaksanakan," katanya kepada media Malaysia di Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN ke-41 (AMEM-41) dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2023.
Beliau berkata storan tenaga bateri adalah komponen penting dalam meningkatkan kapasiti TBB negara, sambil menambah Malaysia berminat untuk menjadi hab TBB di ASEAN.
"Kita sedar bahawa dalam grid kuasa ASEAN, Malaysia akan berada tepat di pusatnya, jadi sebab itu saya fikir kita boleh menjadi hab untuk TBB," katanya.
Pada Mei tahun ini, kerajaan memansuhkan larangan eksport tenaga boleh baharu, membenarkan perdagangan TBB dengan negara jiran sebagai sebahagian daripada semakan dasar untuk mengukuhkan sektor tenaga hijau negara.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]