KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd menjalin kerjasama dengan firma pelaburan global, RRJ Capital (RRJ), untuk membangunkan bersama infrastruktur tenaga dan projek teknologi di peringkat global.
Perjanjian kerjasama dengan RRJ itu berserta dengan peruntukan pembiayaan berjumlah US$300 juta bagi tempoh lima tahun.
Perjanjian itu juga dimeterai oleh Farosson, cabang penasihat, pelaburan dan pengurusan aset kumpulan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Group Lim Chern Yuan berkata pembiayaan itu akan digunakan untuk membangunkan kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) Yinson untuk Projek Pembangunan Hab Barat Bersepadu Agogo di Angola (FPSO Agogo).
"Ia adalah bagi projek Agogo kami dan ia akan menjadi FPSO paling hijau di dunia yang merangkumi teknologi berbeza termasuk pemerangkapan karbon," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu, di sini, hari ini.
Majlis permeteraian itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif RRJ Richard Ong berkata kerjasama antara Yinson dan RRJ merupakan satu pencapaian penting dalam usaha RRJ untuk membentuk masa depan projek tenaga dan infrastruktur di peringkat global.
Pada Februari lepas, Yinson memperoleh kontrak FPSO Agogo bernilai US$5,3 bilion, yang terletak di Angola daripada Azule Energy.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]