Berita

Tarif Elektrik Hijau Dibuka Semula Mulai 11 Ogos

Energy Commission of Malaysia fb

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Program Tarif Elektrik Hijau (GET) oleh Suruhanjaya Tenaga akan dibuka esok (11 Ogos) untuk langganan baharu. 

Program GET adalah permohonan untuk kuota tenaga hijau sebanyak 1,899 gigawatt jam (GWh) membabitkan kontrak selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Dis 2023. 

"Program ini membolehkan syarikat/industri berfokuskan Tenaga Boleh Baharu 100 (RE100) serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk segera mendapatkan tenaga hijau yang diperakui sehingga 100 peratus daripada penggunaan elektrik bulanan mereka.

"Oleh itu, syarikat/industri ini boleh mencapai matlamat RE100 mereka secara lebih cepat dengan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia (mREC) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," kata pengawal selia sektor elektrik itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Suruhanjaya Tenaga itu menambah mREC memastikan bahawa setiap kilowatt jam (kWj) tenaga hijau yang dibeli oleh pelanggan GET akan dikenal pasti secara unik kepada sumber penjanaan tenaga boleh diperbaharui tertentu, yang seterusnya disambungkan ke infrastruktur Grid Nasional dan boleh dihantar kepada pelanggan GET.

Program GET turut memberi pengecualian penuh kepada pelanggan GET daripada caj pelepasan tidak seimbang (ICPT) ke atas tenaga hijau yang digunakan dalam bil elektrik mereka. 

"Peruntukan kuota tenaga hijau yang ada di bawah program GET adalah bagi pelanggan yang layak secara siapa cepat dia dapat. 

"Pemohon yang berminat diingatkan untuk melanggan dalam tempoh permohonan iaitu dari 11 pagi hingga 5 petang esok dengan daftar masuk ke  myTNB Portal di www.myTNB.com.my," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]