From left to right: Ch’ng Chiap Kang - Mr. Noor Ikhsan Bin Abdul Aziz, Chief Operating Officer of Invest Kedah; - Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa, President of Kulim Municipal Council (MPKK); - Ms. Lim Bee Vian, Deputy Chief Executive Officer (Investment Development) of the Malaysian Investment Development Authority (MIDA); - YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Senior State Exco of Industrial and Investment, Science, Technology and Innovation and Higher Education; - Mr. Feng Qizhong, Huizhou Municipal Committee Secretary General - Mr. Zhou Youbin, Chinese Consulate General in Penang; - Tan Sri Dato Seri Dr Tan Khoon Hai - Dr. Anson Chen - Mr Joe Chan, Director of EVE Energy Malaysia Sdn Bhd
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri litium global, EVE Energy Co Ltd, hari ini mengumumkan majlis pecah tanah bagi kilang pembuatan baharunya dengan pelaburan awal sebanyak US$422 juta (RM1.924 bilion) di Kulim, Kedah.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan bersama berkata, kemudahan baharu itu, yang akan menjadi kilang ke-53 EVE, bakal menumpukan pada pengeluaran bateri litium ion silinder untuk menyokong alatan kuasa dan pembuatan kenderaan beroda dua elektrik di negara ini dan di seluruh Asia Tenggara.
Pengarah EVE Energy Malaysia Sdn Bhd Joe Chen berkata projek awal itu akan dibina secara berperingkat dan tempoh pembinaan tidak akan melebihi tiga tahun.
"Ini merupakan satu peristiwa penting bagi EVE untuk mengembangkan perniagaan global kami, meningkatkan daya saing komprehensif dan mengembangkan lagi bahagian pasaran global kami.
“Bersandarkan kepada kelebihan domestik dan pengalaman operasi EVE, kami akan membina kilang pengeluaran bateri silinder di Malaysia untuk menyokong kenderaan beroda dua elektrik dan alatan kuasa di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (pembangunan pelaburan) MIDA Lim Bee Vian berkata projek tersebut sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP) ke arah mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050.
“Dengan pembinaan kilang pembuatan bateri silinder ini di Malaysia, ia menunjukkan komitmen kita terhadap daya saing di pasaran antarabangsa.
“Upacara hari ini menandakan peristiwa penting yang bukan sahaja memberi manfaat kepada EVE tetapi juga membuka jalan kepada lebih banyak syarikat untuk melabur di Malaysia dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan ekosistemnya,” tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]