Minister of Economy Rafizi Ramli (centre) after the launching of National Energy Transition Roadmap (NETR) on July 27. Also present are (from left) Bursa Malaysia Chairman Tan Sri Wahid Omar, Minister of Natural Resources, Environment & Climate Change Nik Nazmi Nik Ahmad, Ministry of Economy Secretary General Datuk Nor Azmie Diron and Bursa Malaysia Chief Executive Officer Datuk Muhamad Umar Swift.
PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Kejayaan pelaksanaan 10 projek serta enam inisiatif flagship dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) Fasa 1 akan menyumbang kepada usaha peralihan tenaga secara adil dan saksama serta merancakkan pertumbuhan industri berkalan elektrik negara khususnya tenaga boleh baharu (TBB).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya akan memberi tumpuan terhadap pelaksanaan semua projek dan inisiatif berkenaan bagi menyokong komitmen peralihan tenaga yang diterajui Kementerian.
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memastikan semua projek serta inisiatif berkenaan memberi manfaat optimum kepada negara dan rakyat.
“Ini adalah selaras dengan prinsip asas trilemma tenaga iaitu menjamin daya harap sistem dan pembekalan elektrik kepada pengguna, menghasilkan tenaga yang mampan pada kos berpatutan, serta mampu mengurangkan jejak karbon sistem bekalan elektrik negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lepas, kerajaan telah melancarkan NETR Fasa 1 dengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin utama serta enam pemacu peralihan tenaga utama iaitu kecekapan tenaga, TBB, hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau, dan perangkap, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
Antara projek berimpak tinggi yang bakal dilaksanakan di bawah NETR Fasa 1 ialah pembangunan solar terapung dengan potensi kapasiti keseluruhan 2,500 megawatt (MW) di empangan hidro Tenaga Nasional Bhd bagi penjanaan elektrik merangkap stor simpanan tenaga serta pembinaan 4.5 MW solar bumbung di kediaman melalui sistem penyewaan, dengan kapasiti sehingga 10 kilowatt (kW) bagi setiap rumah.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa pelancaran itu berkata pelaksanaan pelan berkenaan akan membuka peluang pelaburan peralihan tenaga bernilai RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.
Bagi NETR Fasa 1, jumlah pelaburan komited bernilai RM25 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 23,000 pekerjaan berimpak tinggi dan berkualiti tinggi, selain mengurangkan 10,000 gigagram bersamaan karbon dioksida tahunan.
Nik Nazmi berkata NRECC akan memastikan keupayaan infrastruktur grid nasional bagi pembekalan elektrik ditingkatkan selaras dengan komitmen peningkatan kapasiti TBB untuk menyokong pelaksanaan pelan hala tuju peralihan tenaga.
Katanya projek dan inisiatif berkenaan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan sehingga 2040, yang dijangka akan menyokong hasrat NRECC untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik kepada 70 peratus serta mencapai hasrat aspirasi negara bagi pembebasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]