Berita

Persidangan Tampilkan Barisan Pakar Tangani Agenda Peralihan Tenaga

Tenaga Nasional Berhad (TNB) President and Chief Executive Officer, Datuk Baharin Din (Credit: TNB)

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pakar-pakar terkemuka akan berkongsi pandangan, pendapat dan perspektif tentang menavigasi perubahan landskap dalam industri tenaga di Persidangan Peralihan Tenaga (ET) pada 28-29 Ogos, 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB), penceramah yang akan bercakap mengenai topik-topik penting pada persidangan itu termasuklah Ketua Ekonomi dan Pengarah Urusan Kanan Institut Ekonomi Tenaga Jepun (IEEJ) Dr Ken Koyama dan Naib Presiden Bank Pembangunan Asia Ashok Lavasa.

Dalam satu kenyataan, TNB berkata panel pemimpin-pemimpin tertinggi industri termasuk Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB Zarihi Hashim dan Ketua Pegawai Kelestarian Maybank Shahril Azuar Jimin akan berbincang mengenai “The Price of Going Green” bagi membiayai peralihan tenaga secara mampan dan bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga Datuk Abdul Razib Dawood akan menyertai dialog bertemakan "Forward-thinking Policies & Regulations that Shape the Energy Transition" yang mana beliau akan memaparkan kepentingan dasar dan peraturan dalam memacu pembangunan tenaga lestari.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) Francesco La Camera akan memberi pandangan tentang cara peralihan boleh dicapai dalam "Closing the Renewable Energy Loop: Bridging the Net Zero Transition through Circular Economy Strategies".

Pengasas dan CEO Octopus Energy Group, Greg Jackson akan berkongsi pengalamannya sebagai penyedia bekalan elektrik di UK dan memanfaatkan teknologi serta data secara inovatif untuk memanfaatkan industri dan pelanggan sambil meneruskan usaha peralihan tenaga.

Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah akan membincangkan pembangunan mampan melalui perniagaan dan nilai keprihatinan.

Pada masa yang sama, Pengarah Prinsipal Hijjas Kasturi Associates Sdn Bhd Serina Hijjas akan berkongsi pandangan tentang “Smart Green Cities of the Future from the Eyes of an Architect" dan Naib Presiden Kanan Lux Research Dr Arij van Berkel akan menekankan peranan teknologi dalam "Empowering the Energy Transition".

"Secara ringkasnya, persidangan ini akan menjadi wacana strategik mengenai dasar transformatif, peraturan dan insentif kewangan untuk memajukan agenda Peralihan Tenaga," kata Presiden dan CEO TNB Datuk Baharin Din.

-- BERNAMA 

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]