Berita

Kpkt Peruntuk Lebih Rm9 Juta Pasang Lampu Solar Di Kampung Baru Cina



PELABUHAN KLANG, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM9.018 juta bagi projek pemasangan lampu jalan jenis solar diod pemancar cahaya (LED) di 120 Kampung Baru Cina seluruh negara.

Menterinya Nga Kor Ming berkata projek pemasangan sebanyak 1,002 batang lampu itu merupakan satu daripada program di bawah inisiatif bajet khas yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk tahun ini dengan permohonan dikemukakan melalui Pegawai Kemajuan Perkampungan.

“Pemasangan lampu LED ini merupakan fasa pertama yang melibatkan Perak, Selangor, Kelantan, Pahang dan Johor manakala empat lagi negeri sedang dalam pertimbangan.

“Kerja-kerja pemasangan lampu ini akan dimulakan dalam kadar segera menjelang November ini dan saya ucapkan tahniah kepada Pulau Ketam kerana merupakan kampung pertama (Kampung Baru Cina pertama) menerima inisiatif baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja sempena Program Sentuhan Kasih KPKT di Kampung Bagan, Pulau Ketam hari ini.

Nga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.032 juta kepada Pejabat Tanah dan Daerah Klang serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Pulau Ketam.

“Peruntukan tersebut untuk kerja membaik pulih laluan pejalan kaki konkrit, pembinaan konkrit baharu di kawasan Pulau Ketam melibatkan Tapak Pembuangan Sisa Pepejal, Sungai Satu Bagan serta baik pulih dan naik taraf jambatan utama ke seberang sungai Bagan Teow Chew.

“Dengan peruntukan ini kerajaan Persekutuan berharap dapat menambah keselesaan dan kesejahteraan lebih kurang 6,000 penduduk di Pulau Ketam,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]