Berita

Samaiden Raih Kontrak Loji Tenaga Solar Bernilai Rm181 Juta



KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd (SSB), telah memperoleh kontrak bernilai RM181.34 juta daripada syarikat bersekutu tidak langsung Uzma Bhd, Suria Infiniti Sdn Bhd, untuk membangunkan loji tenaga solar di Kuala Muda, Kedah.

Di bawah kontrak itu, SSB akan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk loji janakuasa fotovolta (PV) solar berskala besar (MWac) 50 megawatt, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga menurut program LSS4, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan Samaiden sepanjang tempoh projek, kata pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) itu.

“Kami terus menambah pekerjaan kepada perniagaan EPCC kami sambil pada masa yang sama meneruskan strategi kami untuk mempelbagaikan secara geografi di seluruh rantau ini.

“Ini akan membantu meningkatkan prestasi kewangan kami dalam jangka panjang sambil kami memperoleh lebih banyak pekerjaan (sejajar dengan) permintaan untuk RE dalam kalangan perniagaan dan kerajaan untuk sumber tenaga kos lebih rendah serta untuk memenuhi komitmen kemampanan,” kata Pengarah Urusan kumpulan Chow Pui Hee.

Selain itu, jumlah nilai perolehan kontrak tertunggak Samaiden yang kini berjumlah RM388 juta dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang, katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]