Chief Executive Officer of Signify Malaysia Sdn. Bhd. Sukanto Aich (second, left), Commercial Leader Consumer Channel Signify Malaysia Sdn. Bhd. Sourav Biswas (second, right), Category Product Manager of Signify Malaysia Sdn. Bhd. Arsalan Ahmed (left) and Category Product Manager of Signify Malaysia Sdn. Bhd Gaurav Yadav (right) during the launch of Philips Lighting Innovations and Products - A Sustainable Breakthrough for Better Lives and Wallet Malaysia today.
--fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED
PETALING JAYA, 3 Julai (Bernama) -- Signify Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting) hari ini melancarkan siri produk lampu Philips Ultra Efficient LED yang menggunakan kurang 60 peratus tenaga berbanding produk lampu LED biasa.
Ia termasuk mentol LED, tiub LED, dan lampu LED downlights, yang menggunakan teknologi optik LED yang canggih, direka untuk memberikan 50,000 jam cahaya, lebih daripada 3.5 kali penggunaan sepanjang hayatnya berbanding produk lampu LED standard (berdasarkan 50,000 jam bagi sepanjang hayatnya, 2.7 jam tiap sehari penggunaan).
Ketua Pegawai Eksekutif Signify Malaysia Sdn Bhd Sukanto Aich berkata inovasi ini muncul ketika dunia sedang bergelut dengan isu kos dan krisis tenaga.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan produk ini boleh diakses oleh semua pengguna di Malaysia. Kami akan terus memperkenalkan penyelesaian yang bernas dan memberi impak sedemikian, yang terbina atas tawaran produk kami yang mampan, dan membantu dalam menjayakan misi kami iaitu melahirkan 'Brighter Lives and a Better World’,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Hotel Avante, Bandar Utama, di sini hari ini.
Acara dengan tema 'Let's Go Eco (Friendly)' itu turut menampilkan siri produk lain termasuk Philips Solar Lighting dan WiZ Smart Lighting.
Sukanto berkata kemampanan menjadi fokus strategik utama bagi Signify secara global dan syarikat itu sedang memberikan pilihan kepada penggunanya di Malaysia untuk turut menjadi sebahagian daripada masa depan yang mampan.
"Signify menjadi syarikat neutral karbon merentasi semua operasi globalnya pada 2020 dan terus menerajui industri, mencapai kecemerlangan, selaras dengan matlamat kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dengan Philips Ultra Efficient yang baharu, Solar Lighting dan lain-lain produk Inovasi Signify, kini sesiapa sahaja boleh memainkan peranan kearah mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan baik, kearah kehidupan yang mampan.
Semua produk ini boleh diperoleh melalui ejen peruncit Philips yang sah serta platform dalam talian menerusi Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut mengenai Signify layari http://www.signify.com.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]