KUCHING, 6 Jun (Bernama) -- Sarawak Microelectronics Design Semiconductor (SMDS), penyedia penyelesaian teknologi dan reka bentuk mikro cip milik kerajaan negeri, berharap dapat menarik lebih banyak kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan dengan menyertai Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 selama dua hari yang bermula di sini pada 7 Jun.
Ketua Pegawai Eksekutif Shariman Jamil berkata penyertaan SMDS akan menjadi langkah strategik yang sejajar dengan Matlamat Strategik Sarawak 2023-2027 untuk mencerminkan komitmennya ke arah memacu pembangunan mampan di rantau ini.
Katanya kerjasama tersebut akan memudahkan SMDS untuk mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta peralihan semasa ke arah teknologi hijau.
“Kami perlu memperkenalkan kes perniagaan baharu, produk dan aplikasi yang memenuhi keperluan unik pihak berkepentingan dan yang paling penting, fokus kepada penyelesaian yang mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pasukan jurutera dan pereka SMDS adalah pakar dalam aspek reka bentuk litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC) dan dengan pengetahuan mereka mengenai alatan dan teknologi terkini, mereka yakin dapat membangunkan penyelesaian yang cekap dan menjimatkan kos yang menyeluruh.
Pada simposium itu, Shariman akan memberikan ceramah bertajuk “Reimagining the Sarawak Sustainable Digital Future”.
“Penglibatan ini juga penting berikutan kami menyasarkan untuk menarik pelabur, pihak berkepentingan serta anak muda Sarawak untuk mengambil bahagian secara aktif dalam menyediakan ekosistem Sarawak dan menjadikan Sarawak sebagai antara hab reka bentuk litar bersepadu terkemuka di rantau ini,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]