Berita

Tenaga Hidro Kekal Fokus Utama Sumber Tenaga Sarawak - Abang Johari  

Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg (back, middle)

KUCHING, 31 Mei (Bernama) -- Tenaga hidro akan masih menjadi tumpuan utama sumber tenaga Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata sumber asli negeri yang banyak, terutama hujan lebat dan sungai menawarkan persekitaran terbaik untuk pembangunan tenaga hidro selanjutnya.

Abang Johari berkata atas sebab ini, beliau baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd untuk meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.

“(Setakat ini) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengambil ekuiti dalam projek Trusan dan kami sedang berunding dengan pihak ketiga untuk turut mengambil ekuiti.

“Saya difahamkan projek kuasa hidro Trusan tidak akan menjejaskan penempatan di situ kerana kawasan itu telah dibersihkan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy 2023 (SEVA 2023) di sini, malam tadi.

Loji hidroelektrik pertama Sarawak Energy, empangan Batang Ai berkuasa 108 megawatt (MW) telah beroperasi pada 1985, diikuti oleh Bakun (2,400MW) pada 2011 dan Murum (944MW) pada 2014.

Pada masa ini, projek hidroelektrik Baleh (1,285MW) sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2027.

Jumlah kapasiti terpasang loji hidro besar Sarawak Energy ialah 3,452MW.

Sebagai tambahan kepada projek hidroelektrik yang besar, Sarawak Energy juga telah membangunkan loji kuasa hidro kecil yang menyokong komuniti luar grid dan elektrik luar bandar di banyak kampung terpencil di Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari berkata dengan pembinaan Projek Hidroelektrik Baleh serta aktiviti pembekalan elektrik luar bandar yang berterusan, vendor tempatan masih mempunyai peluang yang luas untuk memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan mampan dan kemakmuran Sarawak.

“Untuk memastikan penglibatan vendor yang kukuh dengan industri tenaga boleh diperbaharui berterusan, kerajaan Sarawak komited sepenuhnya untuk menyokong kerjasama awam-swasta merentasi rantaian nilai tenaga boleh diperbaharui,” tambahnya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Malakoff Bekerjasama Dengan Syarikat Dubai Tinjau Peluang Berkaitan Loji Kuasa Fotovolta Solar

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).


Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.


Tangani Pelepasan Daripada Sektor Tenaga, Industri Jadi Tumpuan Malaysia Dalam Perubahan Iklim - Agong

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]