From left to right: Loo Qiu Xi- Business Development Manager, Maurice Lim- Head of Marketing, Jack Tan Qi Jie- Vice President, Solarvest Group Sales & Marketing, Francois Guetat- Senior Vice President of Integration Supply Chain, ShuShu Zhang- Bromma President, Marc Duboisset- Vice President QEHS. Quality and Sustainabitiy (Kalmar), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja - MIDA Deputy CEO, Lim Sze Chiu-Vice President of Bromma Operation, Mohamad Hashim Abdul Ghani - Invest Perak CEO, Mohd Fairuz Iqbal B. Mohd Akhbar - MIDA Perak Director, Khalid Faesal Abdul Rahman - MITI Regional Office (Perak) Director, Noraida binti Mat Husin - MIDA Perak Deputy Director. Credit : MIDA
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Pakar tenaga bersih, Solarvest Holdings Bhd telah menyelesaikan projek pemasangan fotovolta (PV) solar bahagian atas bumbung 1.1 megawatt-puncak (MWp) untuk syarikat Sweden, Bromma (M) Sdn Bhd di kilang pembuatannya di Chemor, Perak.
Solarvest menjelaskan pihaknya berperanan sebagai penyedia kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) untuk pemasangan panel PV solar bahagian atas bumbung, dengan penjanaan elektrik bersih tahunan diunjurkan sebanyak 1,497.8 megawatt-jam (MWh).
“Ini membolehkan Bromma mengurangkan 957 tan pelepasan karbon dioksida, yang bersamaan dengan kesan penulenan udara 43,505 pokok matang,” menurutnya dalam kenyataan bersama dengan Bromma dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) pada Rabu.
Mengenai penyiapan projek pemasangan PV solar untuk Bromma, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mida (Penggalakan dan Pemudahan Pelaburan), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja berkata pihaknya memberi komitmen penuh untuk menyokong perniagaan dan pelabur sepanjang usaha mereka di Malaysia.
Beliau berkata baru-baru ini, kerajaan Malaysia mengumumkan dasar berwawasan yang menekankan kepentingan sumber tenaga bersih, dan dedikasi Bromma terhadap tenaga boleh baharu hadir pada masa yang tepat.
“Menerusi penerimagunaan tenaga solar, Bromma bukan sahaja mengurangkan kesan alam sekitar mereka malah juga menyumbang secara aktif kepada matlamat negara kita untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu kepada 70 peratus menjelang 2050.
“Mereka mengorak langkah untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih lestari,” katanya.
Sivasuriyamoorthy berkata amalan kemampanan telah dilaksanakan dengan menerima guna prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang pastinya akan menggalakkan pertumbuhan mampan menerusi tindakan menangani isu berkaitan perubahan iklim.
“Ini seiring dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk memastikan negara kekal sebagai destinasi kompetitif untuk pelaburan bernilai tinggi, merealisasikan pertumbuhan ekonomi mampan dan holistik,” katanya.
Pengarah Eksekutif dan CEO Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata dengan memanfaatkan kepakaran syarikat dalam penyelesaian kejuruteraan dan teknikal siap guna, pihaknya yakin dapat membantu Bromma mencapai sasaran kecekapan tenaga melalui sistem PV solar.
“Menerusi usaha kemampanan yang menjadi agenda korporat penting, kami menjangkakan minat terhadap penerimagunaan tenaga bersih meningkat,” katanya.
Beliau berkata beberapa projek dalam perancangan pihaknya kekal kukuh, dengan nilai perolehan kontrak dalam tangan berjumlah 2.5 gigawatt (GW) meliputi loji jana kuasa berskala besar, projek komersial dan perindustrian serta usaha niaga luar negara.
Presiden Bromma, ShuShu Zhang berkata pihaknya komited untuk membantu mengurangkan jejak karbon dengan merendahkan pelepasan gas rumah hijau pada 2030, sebagai sebahagian daripada matlamat iklim syarikat bagi mengehadkan kenaikan suhu global sebanyak 1.5 darjah Celsius setahun.
“Dalam mencapai objektif ini, kami mahu beralih kepada tenaga solar untuk menggalakkan penggunaan elektrik bersih dan pengurangan pelepasan.
“Selain mengurangkan impak alam sekitar daripada operasi kami, kami juga menyasar untuk mengurangkan risiko kenaikan kos elektrik menerusi penggunaan tenaga solar,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]