Berita

Unit Tnb Pasang Pv Solar Di Pusat Beli-belah Aeon, Aeon Big Di Seluruh Negara

(From left) Gsparx Sdn Bhd managing director, Elmie Fairul Mashuri; AEON CO.(M) Bhd deputy managing director Naoya Okada; AEON CO.(M) Bhd deputy managing director Tsugutoshi Seko; Tenaga Nasional Berhad chief retail officer Kamal Arifin A. Rahman; Tenaga Nasional Berhad chief strategy and ventures Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan and Tenaga Nasional Berhad chief customer officer Nasaruddin Bin Mohd Zaini. (Credit: AEON)

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd menandatangani perjanjian bekalan tenaga boleh baharu (SARE) dengan Aeon Co (M) Bhd untuk pemasangan sistem fotovolta solar (PV) di semua Pusat Beli-belah Aeon dan Aeon Big di seluruh negara.

Mengikut perjanjian itu, GSPARX akan memasang dan menyelenggara sistem PV 77,000 kilowatt puncak (kWp) di ekosistem Aeon selama 25 tahun.

Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata inisiatif bersama Aeon dijangka berterusan sehingga 2024.

Kos setiap pemasangan tapak PV adalah kira-kira RM3 juta hingga RM4 juta dan akan ditanggung oleh TNB sebagai sebahagian daripada model perniagaan perbelanjaan modal sifar yang ditawarkan oleh GSPARX dalam usaha untuk menggalakkan pelanggan menyertai inisiatif tenaga boleh baharu bagi merealisasikan sasaran sifar bersih menjelang 2050.

Beliau berkata usaha ini akan membantu Aeon menjana sendiri tenaga elektrik dan membolehkan penjimatan sehingga 30 peratus.

“Tumpuan akan diberikan kepada pusat beli-belah besar agar pelanggan Aeon dapat menikmati faedah dengan lebih cepat,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Aeon Co, Tsugutoshi Seko berkata pemasangan pertama bagi projek ini telah siap pada Oktober 2022 di Pusat Beli-belah Alpha Angle, Wangsa Maju, dekat sini dengan PV 1,513 kWp di bahagian bumbung dan tempat letak kenderaan terbuka di aras tanah.

Fasa pertama pemasangan PV akan dijalankan di 11 pusat beli-belah Aeon tahun ini.

“Kami berpandangan ini sebagai peluang terbaik untuk terus menggalakkan inisiatif penjimatan tenaga dan merealisasikan masa depan yang lebih lestari,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]