Berita

CYBERVIEW, WORLDWIDE HOLDINGS JALIN KERJASAMA TEROKA PELUANG PROMOSI TENAGA ALTERNATIF

Cyberview Malaysia acting managing director, Dr Mohd Hafiz Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pemaju hab teknologi, Cyberview Sdn Bhd, memeterai usaha kerajsama melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan konsortium diketuai Worldwide Holdings Bhd, peneraju perkhidmatan pengurusan alam sekitar,  untuk meneroka peluang dalam mempromosikan tenaga baharu dan tenaga boleh diperbaharui.

Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Malaysia, Dr Mohd Hafiz Ibrahim, dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kerjasama itu akan meneroka pembangunan loji tenaga solar terapung di Cyberjaya yang dijangka mendapat manfaat daripada gabungan kepakaran Cyberview dan konsortium itu. 

Beliau berkata kerjasama itu akan meneroka kebolehlaksanaan projek inovatif ini dan berkongsi pengetahuan dan sumber kedua-dua pihak untuk menjadikannya realiti.

“Loji solar terapung dianggap lebih cekap daripada loji solar tradisional  yang dipasang di tanah. Di samping itu, ia boleh dipasang di atas badan air yang tidak digunakan untuk tujuan lain.

 “Ini bermakna mereka tidak bersaing dengan guna tanah lain dan boleh membekalkan tenaga tanpa memerlukan tanah tambahan,” katanya. 

Mohd Hafiz berkata  ladang tenaga solar terapung di tasik Cyberjaya juga akan memberi kelebihan kepada penduduknya.

"Ladang tenaga solar terapung yang direka dengan teliti akan mengurangkan ancaman perubahan iklim kepada tasik, seperti penyejatan.

"Tambahan pula, ia boleh mengurangkan kelajuan angin dan sinaran suria sebanyak 10 peratus di seluruh tasik, yang mengimbangi keseluruhan dekad pemanasan daripada perubahan iklim," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata projek seumpama itu menangani kebimbangan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan membolehkan penerokaan peluang untuk menggerakkan bandar ke arah projek tenaga boleh diperbaharui selanjutnya.

“Bagi Cyberview, loji tenaga solar terapung itu selaras dengan Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami yang dilancarkan baru-baru ini dan rancangan lima tahun, yang merangkumi pembangunan bandar pintar rendah karbon sebagai tonggak utama," katanya. 

Mohd Hafiz sberkata beliau yakin usaha mereka itu adalah sejajar dengan konsep Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Rapat Dengan Arab Saudi Dalam Bidang Tenaga Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui  selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Malaysia Libatkan Diri Secara Aktif Dengan Negara Asean Kukuhkan Ketersambungan Tenaga - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia terlibat secara aktif dengan negara-negara ASEAN lain untuk memacu inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN, yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di seluruh rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Storan Tenaga Penting Dalam Majukan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia - Schneider Electric

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Storan tenaga memainkan peranan penting dalam memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia kata Naib Presiden Kanan Secure Power Division Schneider Electric Natalya Makarochkina.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]