President and chief executive officer Datuk Baharin Din
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan bekalan elektrik voltan tinggi kepada kampus pertama pusat data GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd (GDS) di negara ini melalui satu perkongsian strategik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata kedua-dua TNB dan GDS berkongsi matlamat dan cita-cita bersama ke arah masa depan yang lebih hijau dan yakin kerjasama ini berpotensi besar untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta rakyat Malaysia.
Jalinan kerjasama itu turut menyokong aspirasi GDS untuk menjadi syarikat pusat data pertama yang mencapai neutral karbon dengan penggunaan 100 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2030, katanya.
Kerjasama ini, melalui Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) telah dimeterai pada Oktober 2022 dan di bawah perjanjian itu, TNB menyasarkan untuk memenuhi keperluan tenaga bagi kampus pusat data GDS di Nusajaya Tech Park di Johor Bahru.
Beliau menambah kerjasama ini adalah antara daripada banyak inisiatif yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara dan ianya terus didorong oleh peningkatan penggunaan perkhidmatan berasaskan awan, Internet Pelbagai Benda (IoT), analisis data besar dan kepesatan pendigitalan di rantau ini.
TNB telah mengambil langkah-langkah untuk membolehkan pusat data itu mula beroperasi pada Julai 2023 melalui bekalan sementara sebanyak 16MW manakala persediaan sedang dijalankan untuk memastikan peningkatan permintaan maksimum sebanyak 85.5MW dapat disalurkan dalam tempoh 2023.
Baharin berkata melalui penyediaan bekalan tenaga, TNB melengkapkan dasar mesra pelaburan asing kerajaan untuk memupuk pasaran pusat data yang sihat dan membantu industri mencapai objektif perniagaannya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]